Monday, September 5, 2011


Sepi.....kadang-kadang kita akan berasa sepi di tengah-tengah keriuhan. Dengan tidak semena-mena dan tidak tahu punca, hati rasa sepi. Sepi boleh melanda sesiapa saja. Bila sepi hadir, dengan tidak sengaja air mata mengalir ke pipi. Ah....jiwangnye!huhuu ...... Tapi,itulah hakikatnya.....memang sering pun melanda dalam diri, cuma, mgkin ada kemahiran menyembunyikannya. Mana ada orang di luar sana nampak.

Hanya diri sndiri yang tahu kenapa perasaan itu melanda. Yang pasti ada sejarah sendiri hingga kenangan itu menghantui diri dan adakalanya hingga tak mampu melelapkan mata sepanjang malam. Kesian dengan diri. Aku memang hipokrit bila berkaitan dengan melawan perasaan.Boleh ketawa tetapi dalam masa yang sama aku sangat sepi sebenarnya.Bagi aku, pengalaman sedih terlalu mahal untuk dikongsi bersama.

Bukan tak mahu berkongsi, tapi bukan senang untuk meluahkan perasaan ini. Bukan mudah untuk memahamkan orang lain bila berkaitan dengan perasaan.Dan, bukan semua orang boleh dipercayai untuk berkongsi cerita suka dan duka Boleh ketawa bersama kawan-kawan tapi hakikatnya hati ini sepi.Itu namanya sepi di tengah-tengah keriuhan.

Untuk meredakan rasa sepi itu,aku berbicara dengan Allah kerana hanya Allah sangat mendengar dan sangat memahami apa yang berkaitan dengan hati dan perasaan.. Percayalah, kadang-kadang kita perlu rasa sepi itu untuk memberi kita ruang supaya dapat muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment